“Nampak tak dia pakai handbag apa tadi?” tanya rakanku.
“Prada weh, PRADA! Nampak spec apa dia pakai tadi? Prada jugak oh.”
“What? Prada? Mak aih, kayanyaaaa.”
——-
Tersentak seketika aku memikirkan kembali kelakuanku.
Wahai hati kecilku sayang, masih begitu tinggikah nilai duniawi di dalammu, yang engkau terkagum akan besarnya nilai nama mewah itu?
Wahai hati kecilku sayang, masih begitu tinggikah nilai duniawi di dalammu, yang engkau berjaya melihat hatta sekecil kecil tulisan itu? Mata, apa sebenarnya yang kau cari?
Wahai hati kecilku sayang, masih begitu tinggikah nilai duniawi di dalammu, yang engkau juga punya hasrat untuk memiliki sesuatu seperti itu?
Wahai hati kecilku sayang, lupakah kau di saat kau menginginkan sesuatu seperti kepunyaan orang lain, seolah olah kau tidak berasa cukup dengan apa yang Tuhanmu telah berikan padamu?
Wahai hati kecilku sayang, janganlah kau lihat pada harta duniawi seperti itu lagi. Lihatlah hati mereka, iman mereka. Tanamkan keinginanmu untuk punya keimanan dan hati sebersih mereka yang soleh dan solehah. Ingatlah wahai hatiku sayang, Tuhanmu melihat nilai hati kecilmu.
Tuhanmu melihat kamu, wahai hati kecilku sayang. Agungnya kamu di sisi Tuhanmu adalah berdasarkan nilai iman dan taqwa yang kau cambahkan dari hari ke hari. Di mana kau cuba bersihkan dirimu, wahai hati kecilku sayang, kerana kau mahu berjumpa dengan Tuhanmu dalam keadaan bersih dan suci.
Ingatlah wahai hati kecilku sayang, wajahku akan bercahaya di akhirat kelak kerana nilaimu, bukanlah kerana nilai hartaku.
Wahai hati kecilku sayang, bersihkan dirimu. Bersihkan dirimu. Bersihkan dirimu demi Tuhanmu. Tidakkah kau, wahai hati kecilku sayang, ingin melihat wajah mulia Tuhanmu di syurga kelak?
Wahai hati kecilku sayang, Tuhanmu, Tuhanku sedang menilai kita bersama. Malulah wahai hati kecilku sayang, yang engkau terdetik menginginkan kemewahan dunia yang tiada nilainya di sisi Tuhanmu.
Sekali lagi aku ingatkan kamu, wahai hati kecilku sayang, bersihkanlah dirimu. Sesungguhnya, Tuhan kita sedang melihat kita. Dia sedang menilai kita.
Do not let your tongue mention someones ‘Awra (faults), for you are full of faults; and people have tongues too.
Show me, Ya Rabb.: Seeking Allah: Part 1 →
Assalammualaikum WBT :)
I was born as a Muslim, Islam is my religion. But honestly to say, I’ve been living in a complete 23 years as an ignorant Muslim, with shallow understanding in the teachings. Sad innit to be thinking that way, as it’s supposedly (with regard being born as a Muslim) the…
Show me, Ya Rabb.: Islamic Expressions. →
Pronunciation in English
Expression in Arabic scrip
Meaning and what is it’s used for.
Alhamdulillah.
الحمد لله
Praise to Allah, used usually to express satisfaction, or after having finished eating… or if someone asks you how you were and you want to…
Eddie Shin (Aziatix) Feat. Flowsik - If Only
The newest track, “Go”, by Aziatix. Lovely melodies in there. I quite like!
Page 1 of 6